Halaman


Selasa, 29 Mei 2012

Doa Memohon Perlindungan Allah Semasa Hamil

Semasa hamil, kita pasti mahukan pembentukan dan pembesaran kandungan yang terpelihara daripada gangguan syaitan dan sekutu-sekutunya. Dunia makin hari makin kuat ancamannya terhadap kerohanian ibu dan juga anak. Oleh itu, awasilah langkah dan tingkah-laku kalian. Peliharalah pendengaran, penglihatan, perbuatanmu, lebih-lebih lagi hati nurani daripada noda dan hasutan syaitan.

Untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah, maka kita mesti terlebih dahulu mengislahkan (mengelokkan/memperbaiki) diri. Insya-Allah, zuriat yang soleh/solehah akan Allah kurniakan jua.

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينَ
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونَ

"... Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari
hasutan syaitan-syaitan
Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku,
supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."
[Surah Al-Mu'minuun: 97 - 98]

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum dan terima kasih..ilmu yang sangat berguna...dan tumpang bertany,adakah lelaki boleh membaca doa ini serta doa2 yang lain2 yang puan post di dalam blog ini..

    BalasPadam
  2. Wa'alaikummussalaam. Doa-doa yang saya poskan sesuai untuk semua. Walau bagaimanapun, sila rujuk maknanya untuk memastikan kesesuaiannya dengan pembaca doa. Memang ada doa yang hanya sesuai untuk dibaca oleh kaum Hawa. Untuk doa tersebut, saya akan cuba berikan versi bagi kaum Adam, insya-Allah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...