Pelik, bukan? Ini juga pertama kali saya pernah mendengarnya namun amalan ini begitu popular di kalangan mereka yang mengamalkan teknik purba perubatan Cina. Berdasarkan pembacaan saya, teknik yang dipanggil acupressure ini berasal daripada teknik akupunktur (acupuncture). Konsep acupressure bermaksud mengenakan tekanan fizikal pada titik akupunktur dengan menggunakan sama ada tangan, siku, atau peralatan lain. Titik akupunktur yang berkait dengan rasa loya, sakit perut, mabuk gerak, dan sakit kepala adalah titik yang dipanggil Nei Guan, atau istilah lainnya, pericardium 6 (P6).
Sejauh mana keberkesanannya, wallaahu a'lam, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Saya pun tak pernah cuba. Namun kajian yang telah dilakukan oleh Wertoft E. menyatakan bahawa ransangan pada bahagian Nei Guan dapat mengurangkan rasa loya dan ingin muntah ketika mengandung.
Untuk mengesan dan mengguna titik acupressure ini:
- Cari titik tersebut dengan meletakkan tangan anda dalam keadaan tapak tangan menghadap ke atas;
- Urut menghala ke bawah antara dua tendon dalam 4-5 saat.
Rujukan:
- Werntoft E, Dykes AK. Effect of acupressure on nausea and vomiting during pregnancy. A randomized, placebo-controlled, pilot study. J Reprod Med. 2001 Sep;46(9):835-9.
- Nunley C, Wakim J, Guinn C J. The effects of stimulation of acupressure point p6 on postoperative nausea and vomiting: a review of literature Perianesth Nurs. 2008 Aug;23(4):247-61.
- Yin J, Chen JD. Gastrointestinal motility disorders and acupuncture. Auton Neurosci. 2010 Oct 28;157(1-2):31-7. Epub 2010 Apr 3.
- Chang CC, et al. Resolution of intractable hiccups after near-infrared irradiation of relevant acupoints. American Journal of Medical Science. 2006 Aug; 332 (2):93-6.